SHAH ALAM, 13 JUN: Minat bertani serta komited antara kriteria pemilihan peserta projek pertama jaminan bekalan makanan di Bukit Changgang, Banting.
SHAH ALAM, 12 JUN: Penyediaan tanah dan modal pusingan dalam projek perintis Kerajaan Negeri di bawah program jaminan bekalan makanan Pakej Kita Selangor 2.0 dapat menarik golongan muda menjadi usahawan tani.
SHAH ALAM, 12 JUN: Bantuan kepada penggiat pelancongan membuktikan Kerajaan Selangor memandang serius kekangan dihadapi pemain industri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
SHAH ALAM, 11 JUN: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyambut baik usaha Kerajaan Selangor membeli lebih 500,000 vaksin untuk rakyat negeri itu menerusi Program Vaksinasi COVID-19 Negeri Selangor (SCVP).
SHAH ALAM, 11 JUN: Kerajaan persekutuan digesa mencontohi langkah Kerajaan Selangor menyediakan dana kepada wakil rakyat pembangkang bagi menjayakan program rakyat.
SABAK BERNAM, 11 JUN: Pakej Kita Selangor 2.0 membuktikan Kerajaan Selangor sentiasa selangkah ke hadapan dalam membantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19 sejak setahun yang lalu.
SHAH ALAM, 11 JUN: Seorang pengusaha tadika di Jalan Kebun, Klang menghargai bantuan bernilai RM3,750 yang dinikmatinya melalui inisiatif Pakej Kita Selangor 2.0.
SHAH ALAM, 10 JUN: Usahawan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) yang menikmati moratorium pembayaran pinjaman selama satu setengah bulan harus memanfaatkannya dengan melakukan persediaan berdepan situasi masa depan.
SHAH ALAM, 10 JUN: Malaysia Independent Living Association For Disabled (Milad) menyambut baik pemberian insentif sekali bayar berjumlah RM500 kepada orang kelainan upaya (OKU) di Selangor yang terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
SHAH ALAM, 9 JUN: Kerajaan Selangor meneruskan bantuan kepada sektor pelancongan negeri menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 membabitkan peruntukan berjumlah RM2.55 juta.
SHAH ALAM, 9 JUN: Seramai 70,000 golongan sasar akan menikmati kemudahan data internet tanpa had dengan kadar bulanan RM15 selama 12 bulan.
SHAH ALAM, 9 JUN: Dato' Menteri Besar mengumumkan bantuan sekali bayar RM150 kepada 10,197 guru tadika manakala RM450 kepada 1,018 pengusahanya.
SHAH ALAM, 9 JUN: Seramai 70,000 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal menerima manfaat melalui Program Tuisyen Rakyat Selangor.
SHAH ALAM, 9 JUN: Kerajaan Selangor memperuntuk lebih RM13 juta terhadap sektor pertanian bagi membantu golongan petani dan penternak yang terkesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
SHAH ALAM, 9 JUN: Kerajaan Negeri melaksanakan 14 inisiatif di bawah strategi pertama Pakej Kita Selangor 2.0 bagi menjaga kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat.
SHAH ALAM, 9 JUN: Pembentangan Pakej Kita Selangor 2.0 akan disiar secara langsung melalui saluran selangortv.my dan Youtube carian SelangorTV jam 2 petang ini.
SHAH ALAM, 8 JUN: Dato' Menteri Besar akan membentang Pakej Kita Selangor 2.0 bagi membantu penduduk yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) esok.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.